Pokok Rendang

Diaptasikan di QUEST UNDER THE WILLOW TREE, di Peace Hotel


Anda telah sampai ke Kampung Paya Dusun . Kali terakhir anda menjejak kaki ke sini pada umur 12 tahun . Anda telah mengalami kemalangan ketika tinggal bersama-sama nenek dan datuk anda . Anda dibawa balik ke bandar oleh ibu bapa anda . Kini anda berumur 22 tahun . Ketika anda dan nenek anda berminum petang di atas pangkin , nenek anda bercerita tentang zaman kanak-kanak anda . Dia menceritakan bahawa , semasa anda tinggal bersamanya , anda selalu menulis diari di bawah satu pokok yang tidak diketahui namanya . Orang kampung memanggilnya , pokok rendang . Selepas anda menulis diari , anda akan menanamnya di bawah pokok itu . Semasa anda hendak melelapkan mata , anda terfikir bahawa apa yang terkandung didalam diari itu . Anda tertanya-tanya , apakah isi-isi didalamnya . Penting sangatkah ? Anda nekad untuk mencari pokok rendang yang berada didalam ladang pokok getah nenek anda esok .


Matahari sudah timbul . Anda bangun dengan semangat untuk mencari pokok rendang itu . Nenek anda telah sediakan makanan di atas meja. Wah! Nasi goreng kegemaran anda! Selepas makan, Datuk anda menyuruh anda menggunakan basikal untuk pergi ke sana .

Anda keluar ke luar rumah untuk mencari basikal. Anda mencari di setiap bahagian. Sampai ke satu tahap, anda berasa ingin berputus asa. Tiba tiba, idea anda muncul, hanya satu tempat sahaja lagi anda tidak mencari basikal tersebut. Di bangsal!

Dalam perjalanan pergi ke bangsal, anda terjumpa satu benda berkilat yang aneh di atas rumput, anda mengambilnya dan meneruskan perjalanan pergi ke bangsal. Apabila sudah sampai bangsal tersebut, anda membuka pintu bangsal tersebut, betapa usangnya bangsal itu, dah la tiada lampu! Anda menggunakan torch light untuk mencari basikal tersebut, lalu menjumpainya di belakang belakang rumput kering.

Lalu anda menunggang basikal tersebut dan keluar ke hutan untuk mencari pokok tersebut. Dalam perjalanan ke hutan, anda nampak satu perigi buta yang aneh. Anda teruskan perjalanan anda ke hutan tersebut. Semasa di pertengahan jalan , tiba-tiba , anda rasa sesuatu tidak kena pada tayar basikal anda . Tayar anda sudah pancit ,jadi anda perlu berjalan di kawasan perternakan lembu . Yuck !!! Anda terpijak taik lembu . Selepas ini anda perlu berhati-hati .

Anda sudah melepasi kawasan perternakan lembu . Wah, semerbaknya bau tempat perternakan lembu itu. Sekarang , anda perlu menyeberangi parit yang besar. Anda tidak tahu cara untuk melepasinya, cuma anda hanya ada satu cara sahaja. Anda perlu mencari dan menyeberangi menggunakan jambatan yang terhuyung hayang itu. Anda berjaya melepasinya.

Sekarang , anda sudah berada di dalam ladang pokok getah yang bersaiz 10 ekar . Wah , bagaimana anda perlu mencari pokok rendang itu . Anda teringat akan pesan datuk anda , depan depan depan depan depan kiri kiri kiri kanan kanan kanan kanan kanan kiri kiri kiri . Err, lupakan sahajalah pesan atuk itu! Tidak bermakna apa apa pun! Anda terus mencari pokok tersebut di dalam hutan itu.

Tiba-tiba , anda nampak 1 kawasan yang lapang . Anda duduk dan berehat disitu , terdapat beberapa batu disitu . Anda melelapkan mata anda buat masa seketika. Anda terdengarkan sesuatu, anda membuka mata anda dan mencari bunyi apakah itu. Sedang anda mencari bunyi itu , anda ternampak sesuatu di celah-celah batu itu . Sehelai kertas yang lama yang bertuliskan "Arnab loncat-loncat" . Anda mengambil kertas itu dan meneruskan perjalanan .

Tiba-tiba , anda terdengar bunyi . Bunyinya seperti angsa . Anda toleh ke belakang dan ya , itu adalah angsa . Angsa itu sedang menuju ke arah anda . Anda perlu lari pantas untuk melarikan diri dari angsa tersebut . 

Anda berasa letih , anda rehat sebentar di atas batu yang besar . Pabila anda bangun , anda ternampak sesuatu di satu pokok getah . Anda pergi untuk melihatnya . Alangkah terkejutnya , anda melihat sebuah album gambar yang mengandungi gambar anda ketika anda di sekolah rendah . Apabila anda menyelak gambar-gambar tersebut . Ada satu gambar yang amat pelik , gambar itu diambil di bawah pokok yang rendang . Anda cuba mengeluarkan gambar itu , anda lihat di baliknya . "Bersama Fazana di bawah pokok rendang sambil menulis diari" . Anda mengambil album itu dan meneruskan perjalanan .

Kabus yang tebal menyukarkan anda untuk mencari jalan . Tiba-tiba , AUCH !!!! Anda tersepak sesuatu yang berbentuk ganjil . Anda menjerit kesakitan , dan jeritan anda didengari oleh seorang lelaki tua . Rupa rupanya, anda tersepak cangkul lelaki tua itu di kebunnya. Lalu lelaki tua itu datang menanyakan tentang lebam di kaki anda. Anda hanya mengatakan baik baik sahaja. Tanpa berfikir panjang, anda menanyakan tentang pokok rendang tersebut . Pakcik itu berkata bahawa , pokok rendang tersebut terletak tidak jauh dari sini . Anda mengucapkan terima kasih kepada pakcik tersebut .

Dan sekali lagi , anda sampai di kawasan yang lapang. Anda nampak satu benda yang menganehkan anda di padang tersebut. Tiada pokok, tiada haiwan, hanya air dan pasir. Adakah ini tempat dimana pokok rendang itu terletak , anda jalan? Alamak! Anda tersangkut di pasir jerlus! Apa yang patut dibuat?!

Setelah selesai menyelamatkan diri daripada pasir jerlus itu, anda ternampak satu perigi yang pelik, seperti mana di rumah tadi. Ianya perigi buta. Tiba-tiba keluar seekor arnab dari pergi . Anda teringat akan kod itu...

Anda berfikir balik, apa yang datuk pesankan kepada anda. Kod ketepi kekanan seperti menari itu! Anda terus membuat langkah tersebut. Dalam perjalanan anda dengan membuat langkah tersebut, anda nampak satu pondok yang ganjil, anda terus pergi ke pondok itu. Anda berasa pelik kenapa kayu kayu itu bergerak.

Anda berfikir tentang diari tersebut di pondok itu. Malangnya, diari tersebut bukanlah terletak di situ. Anda ternampak satu pokok kecil dari jauh, anda meneruskan perjalanan anda ke pokok tersebut.

Anda ternampak satu pokok yang tinggi dan rendang. Anda rasa itulah pokok yang rendang tersebut. Lalu anda mencari di sekeliling pokok itu. Malangnya tiada. Oh! Anda baru teringatkan pesan nenek bahawa anda selalu menggali diari itu di bawah tanah. Anda cuba mencari diari itu dengan menggali-gali . Tiba-tiba , anda terpegang 1 benda yang keras dan tebal. Alangkah terkejutnya anda menjumpai diari tersebut .

Anda pulang ke rumah dan anda membaca kandungan di dalam diari tersebut . Banyak kenangan manis yang tertulis di dalam diari tersebut.  Dan apabila anda pulang ke bandar , anda menulis apa yang telah terjadi setiap hari di dalam diari tersebut .

Tamat.
Made by,
Iyamaisarah & alexnder